Tuesday, October 26, 2010

Kem 1000 Langkah Di Janda Baik

Waktu Turun Dari Bukit
Alhamdulillah, selesai sudah kem 1000 langkah yg memberi 1000 makna & pengajaran utk kami smua. Para penceramah memberi input2 yg sangat berguna kpd kami utk menghadapi alam pekerjaan nanti. Walaupun jadual yg diaturkan agak padat, namun kami msh mempunyai waktu kelegaan yg baik. Kem Janda Baik yg kami sertai adalah bertempat di Negeri Pahang Darul Makmur. Kami sbg pelajar tahun akhir iaitu jurusan Perakaunan & Pentadbiran Muamalat diwajibkan utk menyertai kem ini sebagai persiapan utk menjalani alam praktikal/kerja nt.  Sebelum bertolak, kami smua berkumpul terlebih dahulu. Sebanyak 5 buah bas USIM digunakan utk mengangkut kami agar sampai ke tempat kem dgn lancar. Semua peserta berasa teruja kerana setelah sekian lama sibuk ngn ICEPS, kuiz, assignment & mcm2 lg la, akhirnya dpt melepaskan sedikit stress dgn menyertai kem ini. Apabila semua sudah berkumpul, akhirnya kami bergerak tanpa sebarang masalah. Kami berhenti skjap utk melegakan diri. Setelah itu, perjalanan kami diteruskan lg. Lebih kurang pukul 1 lebih, kami selamat tiba di Kem Janda Baik... Fuh, nasib baik xjumpa janda2 baik. hee... Selepas itu, kami diberi sedikit taklimat berkenaan jadual program. Selepas menikmati makan tengahari, sesi ceramah yg pertama bermula lbh kurang kul 3 ptg. Kemudian, selepas selesai solat jama' takhir, kami menikmati makan malam & solat jama' takdim. Lbh kurang kul 8 mlm, kami meneruskan lg aktiviti ngn mendengar ceramah. Selesai ceramah, kami menikmati minum malam sambil berborak serta menikmati suasana malam yg sangat tenang & dingin... Pergh, angin malam kt situ memang membuai jiwa.. heheheh... Akibat penangan angin yg dingin & tenang, aku telah mengaku kalah dgn masuk tidur awal ( kul 11 lbh msh awal lg... hee.. ). Huh, kesejukan tlh melanda kami pada waktu tgh mlm. Selimut sgt diperlukan...Namun begitu, aku msh mampu bgn seawal 5.30 pg utk bersiap solat subuh.. Yeahh, kekuatan dalaman sgt diperlukan... Hari Kedua tlh tiba.. Kami memulakan aktiviti dgn senam robik. Kemudian kami menikmati sarapan sebelum mendengar ceramah. Sebanyak 4 ceramah termasuk 1 forum diadakan sepanjang hari kedua.. Aktiviti malam pun sama dengan malam yg pertama. Sedar tak sedar, masa berlalu sungguh pantas. Hari ketiga telah masuk.. Aiya, sekejap rasanya. Xpuas rasanya.. Huaaa.... Aktiviti pagi dimulakan dgn ceramah. Selepas itu diikuti dgn upacara penutup. Yeaaa....... Akhirnya aktiviti yg dinantikan tiba juga iaitu Jungle Tracking. Semua teruja termasuk aku... hee.. Setelah sampai di tempat yg dituju, kami beramai2 mandi-manda di air terjun. Setelah puas mandi-manda, kami menuju pulang utk makan tengahari. Kemudian, kami berkemas2 utk pulang. Selepas itu, kami bertolak pulang dgn keletihan tetapi seronok.. hee.. Ini saja coretan aku.. Adios...

2 comments: