Monday, November 22, 2010
Makan-Makan Seafood di Bagan Lalang...
Hee... Alhamdulillah, berjaya juga aku berkumpul bersama-sama kumpulan penajaan mengadakan majlis makan-makan seafood di Bagan Lalang... Perjalanan dari Nilai ke Bagan Lalang mengambil masa lebih kurang 40 minit.. Sebanyak empat buah kereta yang menyertai konvoi ini.. Selepas semua siap sedia, kami pun mula bergerak.... Perjalanan pada waktu malam agak menarik kerana boleh lihat bulan mengambang penuh yang cantik... Oh ya, Bagan Lalang ini terletak berhampiran pantai... Sebaik tiba di sana, perkara yang pertama kami lakukan ialah bergambar... heheheh... Kami semua adalah seramai 20 orang & ini memang menyeronokkan kerana dapat makan dengan gaya santai secara beramai-ramai.. Beberapa rakan termasuk aku memilih lauk seperti ikan siakap, sotong, tupahat & lala untuk dijadikan sebagai santapan... Tak lama kemudian, akhirnya lauk-pauk yang sudah dimasak pun sampai... Perghh, memang membangkitkan selera bila melihat & menghidunya.... Selepas itu, kami mula menjamu selera... Masing-masing fokus dengan hidangan masing-masing... hee... Fuh, habis licin semuanya... Sebelum bergerak pulang, kami sekali lagi bergambar beramai-ramai... Akhirnya kami bergerak pulang dalam keadaan puas... Kepada sesiapa yang ingin mencuba, boleh la pergi ke sana..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku lama x mkn seafood..huhu
ReplyDeletehee...
ReplyDelete