Friday, November 19, 2010
Alahai Si Exam...~~
Hatiku mula tak tenang, hatiku mula rasa gelisah, hatiku mula kacau, hatiku mula resah & hatiku mula tak keruan... Ini adalah gara-gara final exam yang bakal tiba dalam sehari lebih lagi... Huh, memandangkan ini adalah exam aku yang terakhir di USIM, aku perlu membuat yang terbaik demi mencapai yang terbaik buatku.. Seram sejuk bila memikirkannya samada boleh atau tak aku lakukannya... Tapi, aku mesti yakin yang aku boleh melakukannya... Aku BOLEH!!!.. Tiada lagi kedengaran bunyi game... heheheh... Tapi sempat lagi aku menulis blog ni... saja kasi hilang runsing.. hee.. Topik yang yang perlu dibaca memang banyak walaupun subjek tak banyak... Alahai buku... Engkau sering dijauhi ketika aku tak memerlukanmu tapi Engkau lah peneman yang baik ketika aku memerlukanmu... Hee... Jadi, janganlah kita menjauhinya tapi sentiasalah mendekatinya kerana ilmu itu kuasa... Ini saja coretanku buat masa ini.... Kepada rakan-rakan yang bakal berjuang bersama-sama ku, buatlah yang terbaik demi masa depan kamu semua.... Yeaahhh...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment