Tuesday, December 14, 2010

PRACTICAL IS JUST AROUND THE CORNER…



Dup dap dup dap…. Rupa-rupanya tarikh untuk praktikal semakin hampir… Ia bukanlah menakutkan tapi rasa lebih bersemangat & tak sabar-sabar rasanya hendak menempuh alam pekerjaan ini serta mencedok selok-belok pengalaman & pengetahuan yang tak sama di alam pengajian… Hee.. Aku yakin setiap rakan-rakan yang bakal menjalani praktikal nanti mempunyai pelbagai perasaan… Tapi yang penting, persediaan perlu dibuat walaupun hanya sedikt.. Ini untuk memastikan kita bersedia sebelum melangkah ke dalam alam pekerjaan. Bagi aku, praktikal ini merupakan peluang & pengalaman yang sangat berguna untuk masa depan kerana kita boleh mengaplikasikannya dalam mengejar cita-cita… First impression sangat penting bagi kita kerana ia merupakan anggapan majikan terhadap kita.. Sekiranya kita gagal dalam ujian pertama ini, maka kuranglah kepercayaan mereka terhadap kita... Seperti kita tengok makanan… Walaupun ia sebenarnya kurang enak tetap sekiranya pandai mempamerkannya, maka ia akan jadi pilihan & rebutan… Jadi, apa pandangan semua? Tepuk dada, fikir-fikirkanlah… Tapi akhir-akhir ini, ramai pula yang demam… Biasa la tu… Pembakar semangat sebelum praktikal.. Hee… Tapi apa-apa pun, aku harap kawan-kawan semua bersedia & bersemangat untuk praktikal nanti… insyaAllah…

No comments:

Post a Comment