Tuesday, November 2, 2010
MSC's BBQ CORNER
Alhamdulillah... akhirnya Muamalat Student Club ( MSC ) berjaya juga mengadakan majlis bbq yg santai dari pagi hingga petang tadi. walaupun tidak semua ahli yang menyertainya, namun majlis ini cukup meriah pada pandangan aku. Dan sebagai person in charge dalam membakar ayam, aku cuba membuat yang terbaik... Alhamdulillah, lecturer memuji hasil air tangan aku ni.. hee.. Bertambah lg semangat aku nk buka restoran yg memiliki pelbagai juadah yg dapat memenuhi citarasa tidak kira rakyat Malaysia @ non-Malaysia. Doa-doakan lah pada aku ek agar berjaya dalam impian aku ini. Berbalik kepada majlis ini tadi, pada awal pagi mulanya, hujan renyai-renyai turun. Namun bagi aku, ini sebagai ujian & yang paling penting ialah berfikiran positif. Alhamdulillah, akhirnya cuaca menyebelahi kami. Sebagai peringatan, Allah sengaja nak uji kita samada kita mampu menghadapinya dengan tabah @ tidak. Itu terpulang kepada setiap individu dalam memahami erti ujian dalam hidup. Ada juga lecturer menyumbangkan peruntukan yang agak besar kepada kami dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih wahai lecturer kami. Maksud tersirat kat sini ialah; kita mesti menghormati para pensyarah kita tidak kira fakulti kita @ fakulti lain.. Yang penting ialah menghormati mereka.. Baru lah mereka menghormati kita sebagai pelajar & juga dalam masa yang sama sebagai kawan. Majlis ini juga diadakan sebagai meraikan 1 tahun penubuhan MSC ini kerana dalam perjalanan menubuhkan kelab ini, kami terpaksa menghadapi masalah-masalah dalam menjadikan kelab ini sebagai kelab yang sah dari segi penubuhannya dan juga perjalanan pergramnya... Alhamdulillah kerana berkat usaha rakan-rakan & juga sokongan daripada para pensyarah, akhirnya kelab ini berjaya ditubuhkan. Semoga para junior yang akan datang, semoga mereka meneruskan usaha kami ini & mengharumkan nama kelab ini. insyaAllah... Okeh, berbalik sekali lagi pada majlis tadi... hee.. Pihak lelaki sibuk membuat aktiviti membakar ayam & seorang lecturer lelaki sertai sekali dalam aktiviti membakar ayam ni.. Manakala pihak wanita sibuk memasak bihun, jemput-jemput serta roti bersosej.. Buah-buahan dan kek turut disediakan... Pergh.... Memang sedappp.... Tapi bagi aku, bab makanan aku tak berkira sangat tapi yang penting ialah persepakatan & persefahaman serta keinginan dalam bekerjasama. Syukur kerana semua memberi komitmen yang baik. You all the best..!!! Selepas selesai aktiviti bbq lebih kurang kul 2 petang, kami mula mengemas balik perkakasan dan tempat kawasan yang digunakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Masing-masing pulang dengan agak kepenatan namun kepuasan jelas terpancar di wajah tidak kira lelaki mahupun wanita..... Alhamdulillah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment