Wednesday, November 3, 2010
Study Group
Alhamdulillah... semalam aktiviti study group yang pertama telah berjaya dilaksanakan... aktiviti ini merupakan tradisi kami setiap semester. ini adalah sebagai usaha kami dalam memahamkan tajuk-tajuk yang telah dibincangkan oleh para pensyarah kami di dalam kuliah... almaklum la, kadang-kadang apa yang diajar masuk dari telinga kanan tapi keluar dari telinga kiri... kuikuikui.... namun, kami tidak akan membiarkan apa yang kami belajar berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang pemahaman. perbincangan semalam merupakan tajuk yang agak panas kerana ia merupakan fungsi dalam kehidupan seharian berkenaan Muamalat. tajuk yang kami bincangkan semalam ialah Fiqh Muamalat... subjek ini sangat penting untuk kami memahaminya kerana ia merupakan bidang kami iaitu Pentadbiran Muamalat. aktiviti kami ini bermula waktu pagi dan berakhir pada waktu petang. kami sedaya upaya tidak membazir cuti ulangkaji yang ada ini berlalu begitu sahaja. lagipun ini adalah final exam kami. kami mesti membuat yang terbaik... InsyaAllah.. kami membuat study group ini di fakulti kami agar mudah kami merujuk kepada pensyarah sekiranya terdapat keraguan dalam perbincangan kami... setiap ahli dalam study group ini memainkan peranan yang penting kerana setiap ahli perlu membentang setiap tajuk yang diberikan. InsyaAllah kami akan meneruskan aktiviti ini selagi ada waktu yang terluang sebelum final exam nanti... Semoga Allah memberkati usaha kami ini..... InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment