Wednesday, November 17, 2010

Raya oo.. Raya.. Aildil Adha..

Alhamdulillah.. setelah agak lama aku menyepi, akhirnya berjaya juga aku kembali meng'update'kan blog ini.. Semasa menulis blog ini, aku masih berada di kampung.. Fuh, lega rasanya kerana dapat menikmati daging korban td.. hee... Alhamdulillah, majlis korban yang dilaksanakan pada kali ini telah berjaya disempurnakan oleh saudara-maraku.. Setelah selesai menunaikan solat Aidiladha, aku bersama keluargaku menuju ke rumah sepupuku untuk melihat lembu yang bakal ditumbangkan.. Umi aku mewakilkan kepada abang iparku dalam ijab & qabul untuk 1 bahagian daripada 7 bahagian lembu tersebut.. Aku sempat melihat lembu itu yang masih berselera menikmati rumput.. ''selamat tinggal sayangku... ini kali terakhir kita bersama''... Mungkin itu luahan rasa lembu tersebut... hee... Jeng..jeng..jeng... Akhirnya misi bermula... Lembu tersebut mula diikat pada pokok untuk memudahkan ia dijatuhkan.. Pergh, ia mula membantah untuk dijatuhkan... Berpantang maut sebelum ajal namun ajalnya tetap menunggu di situ... Akhirnya ia berjaya dijatuhkan... Beberapa minit kemudian, tukang penyembelih pun datang... Setelah melafazkan takbir, akhirnya lembu tersebut disembelih... Fuh, pisau yang digunakan memang pantas menyembelih tengkuk lembu itu. Dalam beberapa saat, bahagian tengkuknya berjaya disembelih.. Selepas lembu itu senyap dari meronta, kami mula melapah lembu itu... Aku diberikan amanah untuk  membasuh perut lembu.. Termasuk raya ini, dah dua kali aku memegang bahagian membasuh perut lembu... heheheh... Tapi itu tiada masalah... No problem... Tak lama kemudian, misi membasuh perut telah selesai manakala yang lain sedang memotong daging lembu untuk dibahagi-bahagikan.. Selepas semuanya selesai, kini tiba masanya untuk menikmati juadah tengahari... Huh, daging goreng bercili & daging masak air asam memang menusuk jiwa & kalbuku lebih-lebih air asam daging tersebut... Memang mahu nangis rasanya disebabkan sangat sedap bagi orang kampung seperti aku ini.. hee... Memang nikmat sekali.. Alhamdulillah... Setelah itu, masing-masing mula mengemas & bersiap untuk pulang bersama bahagian daging masing-masing. Aku & keluarga sampai ke rumah dengan penuh kepuasan....... Oh ya.. 1 peringatan kepada semua... Bagi yang mampu, sedekahlah yang semampu mungkin kepada orang yang memerlukan.. Sesungguhnya kita akan dapat pahala dari Allah S.W.T. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment