Friday, November 5, 2010
Motosikal ku...
Alhamdulillah, lega aku hari nie sebab motosikal ku telah berjaya dibuka disebabkan kunci hilang.. Sebenarnya kunci motor aku telah hilang sejak isnin lepas namun disebabkan tiada kesempatan, baru semalam motor aku berjaya dibuka. Mujurlah kunci hilang kat kampus. Kalau x, tinggal tayar je kot.... huu... Aku pun tak sedar masa bila kunci boleh hilang... Kalau jatuh sudah tentu ada bunyi tapi aku tak dengar apa-apa.. Mungkin jatuh atas rumput kot... Aku tak pasti bila kunci hilang kerana sampai je kat kampus aku pergi ke dalam dewan kuliah sebab ada presentation Entrepreneurship. Aku duk kat dewan dari pagi sampai petang. Masa nak balik baru aku perasan kunci ni hilang... Dalam hatiku berkata; ''bertenang, ni hanya ujian dari tuhan". Aku tetap mencari hingga masuk waktu maghrib... Kesian kawan aku.. Dia tak dapat nak makan malam disebabkan aku.. Bila tak ada motor ni, rasa macam patah kaki.. Susah nak bergerak ke sana sini.. Nak pergi wat study group pun terpaksa tumpang kawan tadi... Last-last, aku minta tolong kawan yang agak mahir untuk membuka kunci motor. Beberapa bahagian badan motor terpaksa dibuka untuk membolehkan dia & kawan yang seorang lagi membuka bahagian tengkuk motor. Lepas berhempas pulas, akhirnya tengkuk motorku berjaya dibuka.. Fuhh... legaa.... Terima kasih kawan-kawan... satu peringatan; "janganlah kita berlagak & sombong dengan kawan-kawan tapi marilah kita pakat membantu kawan-kawan kita bila mereka berada dalam kesusahan". Nilai kawan-kawan tak boleh diukur dengan wang ringgit... Lepas solat Jumaat tadi, aku terus menuju ke bengkel. Alhamdulillah, aku dah menukar kunci yang baru... Melayang duit... heheheh.... Tapi tak mengapa.. Yang penting, motor aku dah dibaiki... Alhamdulillah..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seksinye die....
ReplyDelete