Wednesday, December 8, 2010

BUATMU SEORANG INSAN YANG BERNAMA ADIK…

Adik,hadirmu umpama memberi sinar & harapan kepadaku….
Wajahmu membuatkanku rasa tenang…
Dirimu mampu bersabar dengan tingkah laku ku…
Senyummu memberi penawar kepada racun dalam hatiku…

Adik, tanpamu membuatkanku terasa satu kehilangan…
Senyapmu merupakan suatu perkara yang merunsingkanku…
Marahmu menandakan kesalahanku…
Masammu menandakan merajuk dengan sikapku…

Aku sebagai abang harus menjagamu…
Namun, engkau yang semakin dewasa & matang fikirannya…
Perlu membuat keputusan yang bisa mengubah hidupmu selamanya…
Aku tidak boleh sentiasa memerhatikanmu…
Apatah lagi untuk menjagamu…
Aku harap engkau sebagai adik dapat memahaminya…

Aku sebagai abang…
Kadangkala perangaiku menyusahkanmu…
Namun jauh di dalam sudut hatiku…
Aku ingin engkau mampu bangkit & tabah menghadapi sesuatu…
Percayalah adik…
Aku tidak mahu engkau kecundang dalam kehidupanmu…
Diriku ini hanyalah insan yang tersangat lemah…
Walaupun aku sebagai seorang lelaki…
Yang mana lelaki selalu dikaitkan tinggi egonya…
Aku tetap cuba menjadi sebaliknya…
Demi menjadi insan yang lebih baik…
Sekarang & masa depan…

Orang…
Sering mengata yang bukan-bukan…
Walaupun kadangkala membuatkan kita terasa…
Namun, kita haruslah sentiasa bersikap positif…
Agar hidup lebih bermakna…
Tanpa dugaan & rintangan serta halangan…
Apalah erti kehidupan ini…

Masa lepas…
Orang kata jangan pandang belakang lagi…
Namun kita juga perlu memandang belakang sekali sekala…
Agar ia boleh dirujuk sebagai panduan masa depan…
Jika tidak, kita akan kecundang…

Masa sekarang…
Masa yang penuh kegembiraan, kesedihan, kepedihan & kekecewaan…
Tapi  jadikan ia sebagai kenangan yang penuh kemanisan & bermakna…
Namun jangan sesekali kita bongkak @ angkuh dengan kejayaan masa sekarang…
Kerana kelak ia akan memakan diri kita sendiri…
Masa depan…
Ia penuh dengan pelbagai cabaran…
Jika kita alpa, hancurlah masa depan itu…
Tetapi sekiranya kita berusaha gigih & disertakan doa bersama tawakkal…
InsyaAllah kita akan berjaya…
Tapi apa yang penting ialah ikhlaskan hati...

Detik pertemuan…
Kita saling mengenali dari kosong hingga terisi dengan pelbagai kenangan…
Saling bantu-membantu ketika memerlukan…
Tidak mengharapkan sebarang balasan…
Itulah yang menjadi satu keistimewaan…

Detik perpisahan…
Ketika kita sedang asyik  dengan kehidupan  ini…
Perpisahan pula bakal terjadi…
Janganlah engkau tangisi…
Semoga kita berjumpa di lain hari…
Walaupun mungkin ia tidak seindah dulu lagi…

Adik…
Coretan ini ku ukirkan demi menghargaimu…
Yang telah banyak berjasa kepadaku…
Yang telah banyak membantu…
Dalam mengharungi liku-liku yang berbatu…


TERIMA KASIH ADIKKU…..

No comments:

Post a Comment