Monday, December 13, 2010

KAWAN-KAWANKU…

Kawan-kawanku…
Sejak pertemuan kita yang pertama kalinya….
Sejak aku memijakkan kakiku di tempat pengajian itu…
Sejak kehadiranmu semua…
Sejak senyuman yang dilemparkan…
Membuatkan aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini…

Kawan-kawanku…
Kehadiranmu memberi sinar & harapan…
Untuk aku sentiasa berusaha…
Menggapai kejayaan yang diidami oleh semua…
Walaupun kekecewaan & kegagalan sering menghantui kita…
Namun percayalah….
Ia adalah sebagai nasihat yang ampuh buat kita semua…
Demi mencapai cita-cita…

Kawan-kawanku…
Aku sebagai kawan ingin menagih pertolonganmu…
Agar aku bisa menjadi hebat sepertimu…
Demi  masa depan nanti…
Namun aku begitu malu untuk berbuat begitu…
Kerna aku ingin berusaha sendiri…

Kawan-kawanku…
Empat tahun perkenalan kita seumpama 4 hari sahaja…
Aku masih tidak betul-betul  mengenali kalian semua…
Kerana ia mengambil masa yang lama untuk berbuat begitu…
Untuk aku mengenali sifat & peribadimu…

Kawan-kawanku…
Kadang-kadang aku membuat hatimu terasa…
Walaupun tanpa ku sedari…
Aku sentiasa berusaha untuk mengelakkannya…
Walaupun diriku sendiri sering berkecil hati…
Ini adalah hanya luahan rasa…
Bagi orang yang ingin mengerti…

Kawan-kawanku…
Dunia ini sebenarnya kecil sahaja…
Walaupun di mana sahaja kita berada…
Dengan ketentuan-Nya kita akan berjumpa…
Tanpa mengira masa & usia…
Sekiranya kita bertemu semula…
Janganlah malu untuk bertegur sapa…
Kerana ia boleh mengikat kembali ukhuwah kita…
Yang mana pahala adalah ganjarannya…


Kawan-kawanku…
Aku tak punya apa-apa yang istimewa…
Untuk dihadiahkan kepadamu…
Namun aku mampu membuatkanmu gembira…
Dengan kehadiranku…

Kawan-kawanku…
Aku hanya insan yang biasa…
Tidak memiliki keistimewaan sepertimu…
Tidak sehebatmu…
Namun aku boleh cuba membantu semampu yang mungkin…
Bila ku diperlukan… 
Walaupun ianya tidak seberapa yang engkau harapkan…

Kawan-kawanku…
Jadikanlah perpisahan ini sesuatu yang bererti…
Untuk kita kenang kembali…
Janganlah kita tangisi…
Kerana pertemuanlah perpisahan ini terjadi…

Terima kasih kawan-kawanku…………

3 comments: