Alhamdulillah.. sedar @ x, sebulan latihan industri atau praktikal telah berlalu… Begitu cepat sekali masa berputar meninggalkan kita… Aku percaya ramai kawan-kawan memperoleh pelbagai pengalaman yang manis ataupun yang sedikit kurang menyenangkan… Kalau kurang menyenangkan, tabahkanlah hati anda agar mampu menghadapinya.. Bagi pengalaman yang manis atau menarik pula, kongsi-kongsikanlah pengalaman tersebut dengan rakan-rakan agar pelbagai pengalaman dapat dikongsi bersama.. Biasa la, berbeza pekerjaan maka berbezalah ‘feel’nya.. Kerja-kerja jugak tapi laporan tetap kena isi.. Hee.. Beruntung bagi mereka yang mendapat elaun yang menarik semasa praktikal & bagi yang elaunnya sedikit, jangan bersedih.. Sekurang-kurangnya dapat la juga merasa berbanding mereka yang tak dapat.. Haa, jangan ponteng ye masa kerja.. Lakukan kerja dengan hati yang tenang & lapang… InsyaAllah Allah akan permudahkan kerja kita.. Mesrakanlah diri kita dengan staf-staf di tempat kita.. Ini sahaja coretan saya.. Semoga anda terus cemerlang ke hadapan…
No comments:
Post a Comment