Sunday, September 23, 2012

MY HOME MADE BURGER BAKAR

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis blog ini, kini sudah tiba masa untuk come back.. hee.. kali ni saya nak berkongsi tentang burger bakar yang dihasilkan dari hasil air tangan sendiri. Setelah lama memendam rasa ingin membuat daging burger sendiri, akhirnya ia sudah tercapai. pheww... alang-alang bila burger bakar semakin glamor, ia semakin menguatkan semangat saya untuk membuatnya.. Daripada jam 10.30 malam bermula dengan mengisar daging & ayam sehingga bahan tambahan, ia akhirnya siap pada jam 1 pagi. Fuh, memang power kepenatan untuk menghasilkannya. Lepas siap, saya masukkan dalam peti untuk proses memasak pada keesokkan harinya. Lepas solat subuh, saya terus menerkam ke arah dapaur untuk meneruskan perjuangan tersebut. Yeah, akhirnya burger ku sudah berjaya dihasilkan. Biasa la, 1st attemption tak la power mana pun tapi kira okeh la jugak. Janji menjadi jugak burger ni.. heheheh.. Selepas itu, percubaan kali kedua diteruskan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan.. Komen dari mereka, "z, memang best la". Terangkat diri sendiri la pulak.. hee.. Nah, ini gambarnya... Wuuiii....

No comments:

Post a Comment