Alhamdulillah.. Dah agak lama tak update sejak last haritu. Nampaknya sekolah dah nak bermula selasa ini. Jadi, diwaktu kesempatan masa yang masih ada ini, aku bercuti di selinsing, perak di kampung nenek sebelah mertua sambil makan 'gulai' di rumah jiran sebelah merangkap sanak saudara yang buat kenduri sambut menantu.
Perjalanan dari batang kali ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sepanjang perjalanan ini, hujan gerimis mengiringi kami. Sampai di sana, perut pun dah lapar. Lepas berehat sekejap, kami teruskan dengan makan 'gulai'. Kemudian, lepas asar kami menuju ke parit 30 untuk menikmati mee udang yang dikatakan sedap dan udangnya besar.
Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana. Apabila tiba, memang ramai pelanggan yang menikmati hidangan. Lokasinya bersebelahan dengan paya bakau.
Haaa.... inilah rupanya hidangan yang aku order. Ini adalah gabungan udang + ketam a.k.a 'mee madu 2 special'. Ketamnya agak besar udangnya pun besar. Memang puas hati memakannya. Memang sedap. Harganya pun puas hati. Hanya RM25 sahaja.
Daripada mangkuk yang penuh sampai kosong aku kerjakan. Dari segi markah, aku bagi 5 dari 5 la senang cerita. Macam chef pulak. Hahaha... Alhamdulillah, perut dah kenyang, maka kami teruskan perjalanan pulang. Zaaassss....
No comments:
Post a Comment