Wednesday, December 7, 2016

I'm Back!!!







Assalamu'alaikum... Akhirnya setelah lebih 3 tahun menyepi, aku berpeluang untuk menukilkan sedikit sebanyak pengalaman selama meninggalkan blog ini. Dah la blog ni paling ringkas je kandungannya berbanding blogger lain tapi tak kisahlah. Janji pengisian itu yang penting. Alhamdulillah, kini aku bersama dengan teman-teman seperjuangan yang SANGAT HEBAT sepanjang 2 tahun berkhidmat. In Shaa Allah semoga pengakhiran aku di sini bersama mereka. In Shaa Allah. Tempat aku berkhidmat sekarang ini adalah di Sekolah Al-Rahman di Bandar Tun Hussein Onn sebagai guru sekolah rendah (kalau ada member yang dekat2 sini, bolehlah ajak aku ngeteh). Sekolah ini terdiri daripada SEKOLAH MENENGAH, SEKOLAH RENDAH & KAFA-I. Pengerusi di sekolah ini adalah seorang yang sangat tegas namun baik hati dan pemurah. Manakala para guru di sini sangat membantu aku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari tidak kering gusi kerana guru-guru yang "happening" dan kelakar serta sporting. Senang cerita, ada saja info untuk dikongsi bersama. Hahaha... Akan tetapi, ketika waktu serius pula, keadaan menjadi senyap namun masih berpeluang untuk berhepi2. Hehehe.. Peraturan di sekolah ini mudah sahaja, IKUT PERATURAN. Haa...mudahkan??? Heheheh.. Kawan-kawanku ini amat mudah menghulurkan bantuan ketika aku memerlukannya. Ada yang siap offer dari segi kewangan lagi untuk membantu. Pergh... susah nak jumpa insan sebegini. Ada guru yang suaranya lembut, ada yang steady dan ada yang tinggi "tone"nya. Namun apa yang hebat pada para pendidik ini ialah, mereka mampu bertukar pelbagai watak. Contohnya, bila pelajar demam atau sakit, guru yang memberi ubatnya.Bila pelajar bergaduh, guru menjadi penenangnya. Bila pelajar "stress", guru menjadi kaunselornya. Pendek kata, macam-macam boleh jadi walaupun watak-watak tersebut tidak ada tauliah. Hahaha..Namun yang pasti setakat ini, belum pernah lagi guru bertukar menjadi 'otromen' nak "fire" pelajar. Kalau rotan tu, pernah la tapi itu pun sekadar untuk mengajar mereka supaya 'kemenjadian pelajar' itu wujud dalam diri mereka.

Ada pelajar yang pintar, ada yang sederhana dan ada yang lemah dalam matapelajaran bahkan hampir kesemua matapelajaran. Ini menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada para guru untuk mendidik mereka. Bila mereka cemerlang atau lulus, guru berasa gembira. Bila pelajar tidak lulus, guru berasa sedih. Dalam masa yang sama aku sendiri pun perlu menukar-nukar strategi pengajaran untuk mengetahui sejauh mana pelajar memahami matapelajaran yang diajar. Dalam setahun ada 4 peperiksaan iaitu UJIAN SETARA 1, UJIAN PERTENGAHAN TAHUN, UJIAN SETARA 2 & UJIAN AKHIR TAHUN.

















Hari Akademik akan dibuat 2 kali setahun iaitu selepas ujian pertengahan & ujian akhir tahun. Pada hari tersebut para ibubapa akan datang untuk melihat sendiri sejauh mana prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Pada masa itu juga para guru kelas melekat kat kerusi dan meja masing-masing untuk melayan pelbagai karenah ibubapa. Tahun ini aku tidak menjadi guru kelas maka aku lebih kepada melayan ibubapa yang baru sampai. Tahun lepas aku menjadi guru kelas Tahun 3. Berpeluh juga menjadi guru kelas ni. Hehehe..

Aktiviti yang disukai oleh para pelajar ialah Hari Sukan & Hari Guru (pelajar atau guru yang suka ni??? Hahaha). Bila waktu Hari Sukan, mereka nampak sangat gembira kerana boleh menyertai pelbagai aktiviti (fening kepala den nak pikir akitiviti mencabar untuk diorang.. Hahaha) Punyalah comot mereka bermain lebih-lebih lagi bila melibatkan aktiviti yang menggunakan tepung. Manakala Hari Guru pula, guru yang suka sebab dapat banyak hadiah walaupun tak minta dan tak kisahlah besar atau kecil. Yang penting, kesungguhan mereka nak memberi kepada kami. Alhamdulillah..

Sekarang ni dah waktu cuti akhir tahun sekolah, maka sekolah pun sunyi namun bagi kami para guru, ada tugasan menanti iaitu bergilir-gilir minggu untuk menjaga pendaftaran pelajar bagi tahun 2017. Apa pun, In Shaa Allah kami akan berjumpa dengan para pelajar samada yang lama atau yang baru mendaftar pada tahun 2017 nanti. Assalam..

4 comments: