Assalamu'alaikum.... Lama dah tak update blog ni..Baru aku paham apa itu kongkongan idea minda.. Patut la bukan senang nak bergelar penulis yang mempunyai jalan cerita yang hebat dan memikat pembaca hingga ke penghujung jalan cerita. Aku mengagumi Ramlee Awang Murshid kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang membuatkan aku khusyuk membacanya. Cukup setakat itu.. Hee.. Setelah berjaya menyiapkan soalan peperiksaan setara 2 2017, maka dengan ini aku ingin berkongsi cerita tentang "My 1st Homemade Shellout". Fuh, sebenarnya aku memang dah lama geram nak buat sendiri benda alah tu namun tiada kesempatan...... (alasan sebenarnya je tu.... hahaha....). Dah tiga tempat aku pergi makan shellout ni iaitu dua daripadanya di tempat sendiri iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, menghadap Lake Valley. Namun yang paling puas hati ialah aku makan di Kampung Nelayan di Kuala Kurau, Perak. Harganya terbaik: RM70++ untuk 6 orang makan + ikan siakap + air 1 jug. Udangnya pun bosar.. Fuyyyoooo..... Mungkin ia disebabkan bekalan bahan mentah lagi murah.
Disebabkan aku dah tak tahan lagi kerana nafsu nak makan shellout buatan sendiri kuat memanggil, aku gagahkan diri ini jua untuk memasak (cewaaaahhhh....). Aku pergi memborong bahan mentah bersama isteri diwaktu malam semalam selepas menziarahi rumah kakak di bukit jalil untuk tengok baby barunya.. Sewaktu aku menaip blog ni, aku baru lepas makan benda alah ni sambil menjemput 2 orang rakan untuk 'testing rasa'.. hahaha...... Pergh, sodap ghupenye aku masak... (tetiba idung jadi panjang) hahaha......
Aku nak share resepi sedikit kat korang ni haa.... Resepi ni aku rujuk internet + olahan aku sendiri, maka terhasillah shellout yang gojes.. haha... Tapikan, bahan-bahan ni aku pakat campak je dalam kuali. Maka dalam perkongsian resepi ini, tak banyak la jumlah kuantiti setiap bahan. huhu...
BAHAN A: Bahan Tumis:
1) 1 biji bawang bombay/merah besar
2) 4, 5 biji bawang putih
3) 3/4 batang serai (dititik)
4) daun kari (sesedap rasa korang)
5) 6/7 biji cili api ( nak kasi pedas. tambah lagi kalau nak lagi pedas)
6) beberapa cili kering dibubuh tanpa dikopek kulitnya. (aku bubuh last minute bila dekat masak sebab baru teringat) ini untuk kepedasan juga.
BAHAN B: Bahan Rempah:
1) cili kering(pandai-pandai la bajet ye)
2) bawang merah besar/bombay (pandai-pandai la bajet jugak ye)
3) beberapa ulas bawang putih
*** tiga bahan ni dikisar sekali.
4) sos cili
5) sos tomato
6) sos tiram atau sos seafood cap adabi
7) serbuk cili
8) serbuk kari)
9) gula merah (untuk karamel)
10) pasti sedap (ni serbuk perasa) secukup rasa
11) gula kasar secukup rasa
12) garam secukup rasa
13) Oregano (pilihan)
LANGKAH:
-Panaskan minyak secukupnya ditambah dengan marjerin.
-Tumiskan BAHAN A sehingga naik bau, kemudian campurkan BAHAN B (Nombor 1-6). Kacau biar sebati... Lepas tu campak (Nombor 7-12). Akhir sekali, pastikan rasanya menepati citarasa. Kalau masih kurang, pandai-pandai la korang ejas sendiri ye.. hehehe... Setel..
Bau tengah wangi... hehehe.... |
BAHAN MENTAH:
1) Ketam (basuh elok-elok)
2) Udang
3) Sotong
4) Kepah
5) Lala
6) Kerang
Ni yang kami beli la.. Korang boleh beli ikut suka hati korang mengikut bajet korang. Tak payah beli kuantiti yang banyak dalam setiap lauk tu. Nanti bila dah campur akan jadi banyak la tu... Kami bajet nak makan 2 orang, last-last makan 4 orang... Haa.. nampak tak ia jadi banyak... Rebus semua lauk tu tapi mengikut yang mana makan masa dulu dalam merebus. Jangan rebus sekali, kang lauk yang cepat masak akan terjadi terlebih masak. Nanti korang nak masak sekali lagi dalam sos/rempah tu untuk final touch.
Semuanya dah siap rebus. Bertimbun haa... |
SAYUR:
1) Brokoli
2) Jagung
***Rebus je dua mende ni. ( Ni sayur standard dalam shellout). Campak bende ni dalam kuali lepas lauk dibubuh. Gaul sekali semuanya.. Akhirnya dah siap...........Wallaaaaaaa
Gojessssss!!! Siap buh atas plastik lutsinar lagi. hahaha.... Sowi, gambo kureng jelas sikit. Teruja punya pasal nak makan...... |
Sampai sini saja coretan aku kali ini. In Shaa Allah kalau korang buat dari hati yang dalam (ikhlas), hasilnya pun akan memberangsangkan. Bye.. Assalamu'alaikum....